Monday 2 May 2011

KENALI PONDOK BANDAR HILIR

       Pondok Bandar Hilir Sik Kedah ,mula ditubuhkan pada awal 1992  oleh Allahyarham Tuan Guru Hj  Abu Bakar Bin Ibrahim murid kepada Al-Alamah Tuan Guru Hj Omar Zuhdi Bin Salleh Al-Kelantani (Pengasas Pondok Lanai Baling).Selepas dibebaskan daripada tahanan  ISA daripada tahun  1988-1990 dalam Operasi Lalang .Beliau bertekad untuk mendirikan sebuah Sekolah  Pondok dikampung Bandar Hilir Sik iaitu kampung mertuanya. Setelah  berkhidmat  lebih 30 tahun  diPondok Lanai sebagai Guru Besar dan tenaga pengajar Pondok Lanai .
              
    Berkat kerjasama dengan  penduduk kampung setempat  seperti kampung Bandar ,Hujung Bandar ,Kerawai dan Teloi Tua .sebuah bangunan dua tinggkat didirikan menelan kos lebih kurang RM 80.000.00 ( Lapan Puluh Ribu Ringgit ) diatas sebidang tanah kepunyaan Hj Saman Bin Dogol yang setelah itu dibeli untuk dijadikan wakaf bagi kepentingan Sekolah Pondok Bandar Hilir. 

 Pondok Bandar Hilir mewarisi  kesinambungan  perjuangan para ulama tradisional  yang meninggalkan jasa yang begitu banyak dalam meyelamatkan aqidah   ummat islam  daripada dijajah .Disamping jasa mereka melalui tulisan kitab-kitab jawi /arab yang bembantu penyebaran islam lebih berkesan ,sehingga  kini Institusi Pengajian Islam ,Pondok-Pondok ,  surau-surau dan masjid-masjid termasuk Sekolah Menengah  Arab  seluruh  Malaysia menjadikan kitab-kitab mereka sebagai buku teks dalam penyebaran  islam dan memberi ilmu kepada masyarakat dan melahirkan  ilmuan dan amilin  yang ikhlas berjuang .

    Tidak dapat dinafikan peranan meraka dalam membentuk tamaddun islam dan tertubuhnya  isntitusi islam dalam negara kita adalah  hasih perjuangan  gigih para ulama tradisional ini ,seperti Tuan Guru Hj Yusuf kenali diKelantan , Hussin Dol diKedah dan banayak lagi .   

No comments:

Post a Comment