Monday 2 May 2011

KENALI PONDOK BANDAR HILIR

       Pondok Bandar Hilir Sik Kedah ,mula ditubuhkan pada awal 1992  oleh Allahyarham Tuan Guru Hj  Abu Bakar Bin Ibrahim murid kepada Al-Alamah Tuan Guru Hj Omar Zuhdi Bin Salleh Al-Kelantani (Pengasas Pondok Lanai Baling).Selepas dibebaskan daripada tahanan  ISA daripada tahun  1988-1990 dalam Operasi Lalang .Beliau bertekad untuk mendirikan sebuah Sekolah  Pondok dikampung Bandar Hilir Sik iaitu kampung mertuanya. Setelah  berkhidmat  lebih 30 tahun  diPondok Lanai sebagai Guru Besar dan tenaga pengajar Pondok Lanai .
              
    Berkat kerjasama dengan  penduduk kampung setempat  seperti kampung Bandar ,Hujung Bandar ,Kerawai dan Teloi Tua .sebuah bangunan dua tinggkat didirikan menelan kos lebih kurang RM 80.000.00 ( Lapan Puluh Ribu Ringgit ) diatas sebidang tanah kepunyaan Hj Saman Bin Dogol yang setelah itu dibeli untuk dijadikan wakaf bagi kepentingan Sekolah Pondok Bandar Hilir. 

 Pondok Bandar Hilir mewarisi  kesinambungan  perjuangan para ulama tradisional  yang meninggalkan jasa yang begitu banyak dalam meyelamatkan aqidah   ummat islam  daripada dijajah .Disamping jasa mereka melalui tulisan kitab-kitab jawi /arab yang bembantu penyebaran islam lebih berkesan ,sehingga  kini Institusi Pengajian Islam ,Pondok-Pondok ,  surau-surau dan masjid-masjid termasuk Sekolah Menengah  Arab  seluruh  Malaysia menjadikan kitab-kitab mereka sebagai buku teks dalam penyebaran  islam dan memberi ilmu kepada masyarakat dan melahirkan  ilmuan dan amilin  yang ikhlas berjuang .

    Tidak dapat dinafikan peranan meraka dalam membentuk tamaddun islam dan tertubuhnya  isntitusi islam dalam negara kita adalah  hasih perjuangan  gigih para ulama tradisional ini ,seperti Tuan Guru Hj Yusuf kenali diKelantan , Hussin Dol diKedah dan banayak lagi .   

Tuesday 8 March 2011

Khidmat Masyarakat : NGO Warga Kilang

 
Membaca berita-berita dalam Internet dan juga kupasan media massa mengenai pergolakan terkini di Timur Tengah, yang dikaitkan dengan gelombang siber sebagai pemangkin kepada kebangkitan kuasa rakyat menuntut demokrasi di dunia sebelah sana; sewaktu mengikuti rakan-rakan dari NGO Wargakilang melakukan kerja amal di sebuah Pondok di pedalaman Sik Kedah, saya benar-benar dapat merasa impak atau pun kesan daripada diskusi siber ini.

Apa tidaknya, beberapa minggu sebelum itu, saya hanyalah mencatat serba sedikit pengalaman peribadi saya dan rakan-rakan mengunjungi Pondok Bandar Hilir di daerah Sik, berbicara secara ringkas dengan Tuan Pengetuanya, Ustaz Ismail Mahmud mengenai institusi Pondok ini, yang kemudiannya saya garapkan secara bersahaja dalam blog saya di bawah tajuk SELANGKAH KE ALAM PONDOK:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/01/ngo-wargakilang-selangkah-ke-alam.html

Dicatitkan di penghujung tulisan saya itu bahawa pada hari Sabtu tanggal 19 Feb 2011, kami bercadang untuk berkunjung lagi ke sana untuk melakukan kerja-kerja gotong royong mengecat bangunan, membersihkan kawasan, memberi ceramah motivasi dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Saya tulis di situ, sesiapa yang berminat bolehlah turun mai sekali sekiranya berkesempatan.

Tulisan ini kemudiannya dipanjangkan ke alam diskusi Facebook oleh beberapa orang rakan dengan diberi penerangan lebih lanjut tentang agenda gotong royong tersebut secara lebih terperinci.

Hasilnya, sungguh tak disangka.

Pada mulanya saya dok agak cuma dalam 5 enam orang rakan-rakan sahaja yang akan turut serta; saya dok fikir cukuplah takat tu, kalau semua bawa family dan anak-anak, dah kira ramai dah tu, campur pula dengan 200 orang pelajar kat situ, lebih daripada cukup dah tu.

Tapi, bila kami turun pi ke Pondok Bandar Hilir di Teloi Tua, Sik Kedah tadi, kami agak terkejut sebab punya ramai yang mai. Selain team Wargakilang, saya memang tak kenai sapa-sapa yang mai tu. Waktu bagi briefing nak mula aktiviti gotong royong, bila saya tanya keliling, barulah saya perasan depa-depa ni mai selepas dapat maklumat melalui email dan juga melalui diskusi di forum facebook, mai drpd berbagai latarbelakang pekerjaan dan pendidikan.

Ucapan aluan dan bacaan doa oleh Ustaz Ismail Mahmud sebelum sessi gotong royong.
Selain rakan-rakan kami dari NGO Wargakilang yang turun mai dari kilang-kilang sekitar Kulim, Perai, Penang dan Sungai Petani; depa-depa lain yang mai sekali tu ada yang mai dari PLUS (Tol Gurun dan Tol Pendang), ada yang dari syarikat persendirian SEDIM Eco-resort ka apa nama, ada yang mai terus dari KL, ada yang mai secara individu sebab baca facebook – tak mewakili mana-mana NGO atau pun syarikat, di celah-celah tu ada pulak dalam 5 enam bijik Motor Besaq (parking sebelah saya waktu isi minyak kat Petronas Parit Panjang, tak tau pula kata depa pun on the way nak pi sana) dari satu perkumpulan mat-mat motor yang menamakan diri mereka sebagai NUSANTARA BIKERS, ada juga sebuah NGO anak-anak muda dari Penang yang menggelarkan diri mereka sebagai PEMBELA, turut serta juga adalah seorang blogger dari Penang kalau tak silap, dan saya juga dimaklumkan ada 2 bijik 4WD turun mai dari Sungai Petani tak pasti dari group mana.

Dan, yang paling saya tak sangka sekali ialah sebuah BAS turun mai dari UUM dengan lebih kurang 40 orang mahasiswa/i nya berbaju unggu beserta 3 orang Pensyarah mereka berpangkat Dr.

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka ini terutamanya sewaktu sessi Motivasi, mereka banyak membantu.

Kerja gotong royong membersih kawasan, mengecat bangunan, memasak dan lain-lain itu yang sepatutnya kena ambik dua tiga hari, tapi berkat kehadiran yang begitu ramai entah dari mana-mana ini, Alhamdulillah dapat disiapkan tak sampai pun sehari.


Ustaz Ismail Mahmud, Tuan Pengetua Pondok ini sendiri pun agak terkejut tengok begitu ramai yang hadir, dia tak habis-habis ucapkan terima kasih. Makna kata, hebat sungguh la pengaruh internet ini khususnya medan diskusi di forum Facebook.

Maka itu, suka ka tak suka ka, semua pihak tak kira kerajaan, parti pembangkang mahu pun NGO perlu ambik berat tentang diskusi semasa di alam internet khususnya di medan Facebook ini.

Kalaulah di Tunisia, Mesir dan Timur Tengah sana, ianya digunakan sebagai medan untuk menuntut demokrasi, lalu apa salahnya jika kita di sini dapat memanafaatkan Facebook ini untuk menggembeling tenaga semua pihak tak kira apa pun pegangan politik mahu pun latar belakang pendidikan dan pekerjaan untuk melakukan kerja-kerja amal seperti yang terbukti di Pondok Bandar Hilir ini.

After all, Facebook ini samalah juga seperti mata pisau, boleh digunakan untuk menghiris timun atau pun menyamun.

Sekian. Sekadar Perkongsian.

moniermatdin@yahoo.com